Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Pemilik kereta Swift dan Sport Swift di negara ini berpeluang menyertai The Swift Big Time sempena memperkenalkan yang akan dilancarkan dalam acara itu nanti.
Perkara ini dijelaskan oleh Adehelmie Jaafar dari Boustead Sdn Bhd pada Jerayawara Sport Extreme yang berlangsung di Atrium, The Mall Gadong, hari ini. Turut hadir pada jerayawara itu ialaha Pengurus Pemasaran, Alvin Kho.
Beliau seterusnya menjelaskan, pendaftaran bagi acara hanya terhad kepada 130 buah kereta Swift dan Swift Sport saja dengan pendaftaran dibuka sehingga 15 November depan.
Menurut beliau lagi, acara berkenaan akan dilaksanakan dengan mengikut garis panduan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
Jerayawara yang dianjurkan oleh Boustead Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Suzuki di Brunei itu memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat lagi model-model kereta Suzuki.
Ia antara lain bertujuan untuk memperkenalkan versi kereta sport bagi beberapa model Suzuki sekali gus untuk mengalu-alukan pemilik kereta Swift dan Swift Sport untuk menyertai acara The Swift Big Time.
Dalam acara itu, pemilik kereta akan menggunakan kereta mereka sendiri bagi membentuk tanda kata besar Swift yang akan diadakan di kawasan letak kereta Jerudong Park pada 21 November depan.
Acara berkenaan antara lain bertujuan untuk menghargai sokongan berterusan orang ramai setelah lebih dua dekad model Swift dan Swift Sport dikenali negara ini.
Selain itu, untuk menunjukkan kehebatan jenama Swift sebagai hatchback paling popular dengan melibatkan sejumlah besar pemilik kereta berkenaan untuk berkumpul dengan kereta masing-masing.
