Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemilik syarikat penyembelihan tanpa sijil didenda

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Pemilik sebuah syarikat yang terlibat dengan aktiviti penyembelihan tanpa sijil yang sah, yang pernah disiarkan dalam akhbar sebelum ini, telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak $1,000 atau sebulan penjara, oleh Mahkamah Majistret pada 21 November lalu.

    Mahkamah mensabitkan kes tersebut berikutan pengakuan salah pemilik Syarikat Assulay.

    Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), kes itu berlaku pada 19 Oktober 2021 melalui hasil operasi yang dijalankan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) yang mendapati aktiviti penyembelihan seekor kerbau oleh seorang pekerja syarikat yang telah digantung sijil penyembelihannya.

    Berikutan kes itu, KHEU mengingatkan semua syarikat penyembelihan daging halal di negara ini agar tidak menjalankan sebarang aktiviti penyembelihan yang untuk dijual kepada orang awam tanpa sijil sah dikeluarkan oleh JHES.

    Kegagalan mematuhi peruntukan berkenaan akan didakwa untuk diambil tindakan undang-undang. BKMH bersama-sama agensi penguatkuasaan lain akan sentiasa meningkatkan rondaan dan operasi bagi memastikan undang-undang dan peraturan di negara ini sentiasa dipatuhi.

    Sebarang aduan serta perkongsian maklumat mengenai pelanggaran undang-undang melibatkan daging halal, orang ramai bolehlah menghubungi BKMH di talian 7166222 atau mana-mana pejabat BKMH di setiap daerah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda