Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemilik TikTok jadi individu terkaya di China

    ISTANBUL, 27 MAC – Pengasas ByteDance dan pemilik TikTok, Zhang Yiming, menjadi individu terkaya di China, lapor agensi Anadolu (AA) yang memetik Indeks Jutawan Bloomberg.

    Indeks Jutawan Bloomberg hari ini menunjukkan bahawa beliau kini merupakan individu ke-24 terkaya di dunia.

    Jutawan Forbes dan Hurun Rich List, yang menyenaraikan individu paling kaya di China, turut menunjukkan bahawa Zhang merupakan individu terkaya di negara itu.

    Menurut Bloomberg, beliau memiliki kekayaan berjumlah AS$57.5 bilion, manakala Forbes menganggarkan jumlah itu pada AS$65.5 bilion.

    Zhang, 42, mengasaskan ByteDance pada 2012, dan nilai syarikat itu melebihi AS$400 bilion setakat Januari 2025.

    ByteDance juga memiliki beberapa aplikasi mudah alih popular seperti CapCut, Xigua Video dan Douyin. – Bernama

    Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda