Thursday, February 29, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pemilu 2024: Pengundian luar negara berjalan lancar

    JAKARTA, 12 FEB – Proses pengundian bagi Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang bermula pada awal bulan ini dan berterusan sehingga 14 Februari di luar negara, termasuk Malaysia berjalan lancar, menurut Kementerian Luar Indonesia.

    Walaupun terdapat beberapa isu, jurucakap kementerian Lalu Muhamad Iqbal, mengesahkan bahawa proses demokrasi itu berjalan dengan baik, berkat bantuan yang diberikan oleh pihak kedutaan, konsulat dan Jawatankuasa Pilihan Raya Luar Negara di setiap negara.

    Beliau menegaskan bahawa kementerian dan wakilnya di luar negara bukanlah penganjur, tetapi mereka memikul tanggungjawab moral untuk menyokong kejayaan pilihan raya.

    “Menganjurkan pilihan raya di luar negara melibatkan cabaran kerana kita perlu mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan. Oleh itu, sokongan dan kemudahan dari wakil-wakil adalah penting,” katanya.

    Warganegara Indonesia yang layak di pelbagai negara telah menunaikan hak mengundi mereka di 3,059 pusat pengundian. Di Malaysia, terdapat 832,420 warganegara Indonesia yang berdaftar sebagai pengundi dengan enam pusat pengundian telah dibuka pada Ahad untuk pengundian awal, melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

    Sejumlah besar pengundi berkumpul di Pusat Dagangan Dunia  (WTC) Kuala Lumpur melibatkan seramai 222,945 pengundi.

    Indonesia, negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, kini sedang menjalani tempoh bertenang selama tiga hari untuk Pemilu 2024 yang berakhir pada Selasa menjelang proses pengundian yang dijadualkan pada Rabu. – Bernama

    Warga Indonesia yang bermastautin di Pulau Pinang hadir bagi menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 di Konsulat Jenderal Republik Indonesia Pulau Pinang, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran lancar satelit pengesanan jauh dari Rusia

    TEHRAN, 29 FEB – Iran mengumumkan hari ini pelancaran satelit pengesanan jauh dan pengimejan ke orbit dari Rusia, menurut media kerajaan. Satelit ‘Pars-I’ itu dilancarkan...