Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin Argentina diserang dengan batu ketika perhimpunan kempen

    BUENOS AIRES, 28 OGOS – Presiden Argentina, Javier Milei terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas beliau dibaling batu semasa satu perhimpunan kempen berhampiran Buenos Aires kelmarin, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Jurucakapnya, Manuel Adorni di platform X berkata Milei dipindahkan dengan selamat dari acara di Lomas de Zamora, sebuah kawasan miskin di pinggir ibu negara.

    Media tempatan melaporkan berlaku pertembungan antara penyokong dan penentang pemimpin itu, dengan polis menahan dua individu buat sementara waktu.

    Beberapa pegawai kerajaan menyalahkan serangan itu ke atas pengikut ‘kirchnerism,’ merujuk kepada kem politik bekas Presiden Cristina Fernandez de Kirchner.

    Milei kemudiannya memuat naik gambar di X yang menunjukkan beliau tersenyum bersama adiknya Karina Milei dan ahli Parlimen Jose Luis Espert.

    Insiden itu berlaku ketika Milei sedang berkempen untuk partinya, La Libertad Avanza, menjelang pilihan raya tempatan di wilayah Buenos Aires pada 7 September.

    Pertembungan turut dilaporkan berlaku Isnin lalu di satu lagi perhimpunan di Junin sebelum Milei sempat berucap. – Bernama

    Milei (kiri) semasa menandatangani gambar di Lomas de Zamora, wilayah Buenos Aires, Argentina pada 27 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda