Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Pemimpin automotif UK beri amaran terhadap ‘perang perdagangan’ tarif EV China

    LONDON, 2 JULAI – Seorang pemimpin industri automotif Britain menggesa untuk mengelakkan peningkatan halangan perdagangan di tengah-tengah pertikaian mengenai kenaikan tarif Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) terhadap kenderaan elektrik (EV) China, lapor Xinhua.

    “Tiada siapa yang mahukan perang perdagangan. Kami tidak mahu melihat sebarang tindakan balas,” kata Ketua Eksekutif Persatuan Pengilang dan Peniaga Motor United Kingdom (SMMT), ketika mengulas mengenai kenaikan tarif berkenaan.

    Walaupun situasi semasa tidak memberi kesan langsung kepada United Kingdom (UK), terdapat ketidakpastian dalam beberapa bulan akan datang apabila rundingan diteruskan antara EU dan China mengenai kenaikan tarif yang dirancang selain pilihan raya presiden AS yang diadakan pada akhir tahun ini.

    Menurut Hawes, industri permotoran UK sedang memantau situasi berkenaan dengan rapat.

    Dalam temu bual dengan Xinhua baru-baru ini, Hawes menekankan bahawa Britain adalah pasaran yang sangat terbuka dengan pengguna yang menyukai teknologi dan beberapa jenama China telah memasuki pasaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Jenama-jenama itu menyediakan lebih banyak pilihan, menurunkan kos untuk pengguna serta merangsang inovasi dan persaingan dalam industri.

    “Selagi persaingan itu adil, maka semua pihak adalah pemenang,” kata Hawes.

    Hawes menyatakan bahawa jenama China memegang kira-kira empat peratus daripada keseluruhan pasaran dan kira-kira 10 peratus daripada pasaran kereta elektrik.

    Selain itu, kira-kira 30 peratus daripada semua kereta elektrik yang dijual di UK berasal dari China, termasuk bukan jenama China. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...