Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan (KKBS), hari ini, telah meneruskan lagi Program Secawan Kopi Sejuta Bicara.
Antara yang hadir bagi menyaksikan program itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Penerima AHBK Pemimpin Muda Belia 2020, Haji Mohammad Loqman Al Hakim bin Haji Hamdan merupakan tetamu jemputan program kali ini dengan dipengerusikan oleh Penolong Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Awang Faisal bin Yunus. Program tersebut antara lain mengongsikan mengenai latar belakang, pengalaman, kejayaan tetamu jemputan di samping menerangkan me-ngenai latar belakang keluarga termasuk pendidikan, kerjaya artis bermula daripada penglibatan awal dalam kerjaya atau bidang yang diceburi sehingga sekarang.
Pengalaman manis terhadap pencapaian dan kejayaan serta pengalaman pahit dan cabaran di sepanjang kerjaya atau menelusuri bidang juga adalah antara yang dikupas semasa program
berkenaan.
Diadakan setiap Ahad bermula 14 November, program secara maya itu memperkenalkan belia-belia kitani untuk berkongsi pengalaman, usaha dan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang kepada orang ramai terutama golongan belia sebagai inspirasi dan motivasi.
