Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin BRICS dijangka kecam tarif Trump

    BRAZIL, 6 JULAI – Para pemimpin Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) yang bermesyuarat di Rio de Janeiro hari ini dijangka mengecam tarif perdagangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang ‘sambil lewa’ dengan mengatakan ia tidak sah dan berisiko menjejaskan ekonomi global.

    Negara-negara membangun, yang mewakili kira-kira separuh penduduk dunia dan 40 peratus daripada pengeluaran ekonomi global, telah bersatu atas ‘kebimbangan serius’ mengenai tarif import AS, menurut draf kenyataan sidang kemuncak yang diperoleh AFP kelmarin.

    Sejak memegang jawatan Januari lalu, Trump telah mengancam sekutu dan saingan dengan pelbagai tarif yang melampau.

    Pengumuman terbaharu beliau datang dalam bentuk surat yang memaklumkan rakan dagangan tentang kadar tarif baharu yang akan berkuat kuasa tidak lama lagi.

    Draf pengisytiharan sidang kemuncak itu tidak menyebut nama AS atau presidennya dan masih boleh dipinda oleh para pemimpin yang berhimpun untuk rundingan hari ini dan esok.

    Bagaimanapun, ia adalah pukulan politik yang jelas ditujukan kepada Washington daripada 11 buah negara sedang pesat membangun, termasuk BRICS.

    “Kami menyuarakan kebimbangan serius mengenai kenaikan tarif yang tidak dipersetujui dan langkah-langkah bukan tarif yang memutarbelitkan perdagangan dan tidak konsisten dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),” kata draf teks itu.

    Ia memberi amaran langkah sedemikian mengancam untuk mengurangkan lagi perdagangan global dan menjejaskan prospek pembangunan ekonomi global. – AFP

    Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva bercakap semasa Forum Perniagaan BRICS di Rio de Janeiro, Brazil pada 5 Julai. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda