Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin EU meterai perjanjian Brexit

    LONDON, 30 DIS – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menandatangani perjanjian perdagangan pasca-Brexit dengan Britain dan menghantarnya ke London dengan jet RAF hari ini, justeru mengesahkan perpisahan beberapa jam sebelum UK menamatkan rundingan separuh abad mereka.

    Ketua EU, Ursula von der Leyen dan Charles Michel, ketua Suruhanjaya Eropah dan Majlis Eropah, tersenyum pada majlis penandatanganan Perjanjian Perdagangan Kerjasama setebal 1,246 halaman itu.

    “Ia adalah perjalanan yang panjang. Sudah tiba masanya untuk meletakkan Brexit di belakang kami. Masa depan kami di berada di Eropah,” kata von der Leyen.

    Britain akan meninggalkan pasaran tunggal Eropah dan kesatuan kastam pada pukul 11 malam esok, berakhirnya tahun yang sukar dan tempoh peralihan pasca-Brexit ditandai oleh rundingan perdagangan yang intensif.

    Namun dokumen itu, dijilid dalam kulit biru, akan diterbangkan oleh Tentera Udara Diraja ke London untuk ditandatangani oleh Perdana Menteri Boris Johnson, tatkala parlimen UK memulakan perdebatan untuk meluluskannya sebelum tarikh akhir.

    Memperkenalkan undang-undang untuk mengesahkan perjanjian itu, Johnson memberitahu penggubal undang-undang ia menandakan ‘hubungan yang baharu di antara Britain dan EU dalam persahabatan, perdagangan, sejarah dan nilai.’

    “Dengan rang undang-undang ini, kami akan menjadi jiran akrab, kawan terbaik dan sekutu EU,” kata beliau. – AFP

    Ursula von der Leyen (kiri) dan Charles Michel menunjukkan Perjanjian Perdagangan dan Kerjasama EU-UK yang sudah dimeterai di ibu pejabat Majlis Eropah di Brussels kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda