Monday, July 21, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin Filipina lawat AS, bincang isu tarif

    MANILA/MOSCOW, 20 JULAI – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dijadual mengadakan lawatan ke Washington DC dari 20 hingga 22 Julai untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, dengan perbincangan tertumpu kepada tarif 20 peratus yang diumumkan ke atas import dari Filipina, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Ini merupakan lawatan pertama oleh ketua negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sejak Trump memegang jawatan. Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, termasuk tarif 20 peratus yang diumumkan Trump baru-baru ini ke atas semua import dari Filipina.

    Pemimpin kedua-dua negara juga dijangka membincangkan kerjasama pertahanan dan keselamatan yang lebih erat, khususnya situasi di Laut China Selatan.

    Presiden Filipina itu turut dijadual bertemu pegawai kanan AS termasuk Setiausaha Negara, Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth.

    Pada 9 Julai lalu, Trump mengumumkan tarif 20 peratus ke atas semua import dari Filipina bermula 1 Ogos. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 20 Disember 2024 menunjukkan Marcos Jr. menyampaikan ucapan semasa ulang tahun penubuhan Angkatan Bersenjata Filipina (AFP) ke-89 di Kem Aguinaldo di Manila. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda