Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin G7 peringati mangsa bom atom Hiroshima

    HIROSHIMA, 19 MEI – Wakil tujuh negara perindustrian demokratik utama (G7) memperingati mereka yang terkorban akibat bom atom yang dijatuhkan di bandar Hiroshima, Jepun pada  Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Ketua-ketua negara dan kerajaan melawat tugu peringatan dan meletakkan kalungan bunga yang  di tugu Taman Memorial Keamanan di bandar itu.

    Bom atom yang digugurkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) pada 6 Ogos 1945 itu, memusnahkan bandar, membunuh ribuan nyawa.

    Tiga hari kemudian, bom kedua digugurkan di Nagasaki yang merupakan senjata nuklear pertama dan terakhir digunakan. – Bernama

    Kalungan bunga diletakkan di Taman Memorial Keamanan Hiroshima oleh pemimpin G7 di Hiroshima, Jepun, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda