Tuesday, February 4, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin Hizbullah akan dikebumikan 23 Februari

    BEIRUT, 3 FEB – Pengebumian pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah, yang terbunuh September lalu dalam serangan Israel, akan diadakan pada 23 Februari, kata ketua kumpulan yang disokong Iran sekarang, Naim Qassem, kelmarin.

    Qassem juga mengesahkan buat pertama kali bahawa pegawai terkemuka Hashem Safieddine telah dipilih untuk menggantikan Nasrallah sebelum dia juga terbunuh dalam serbuan Israel Oktober lalu.

    Kumpulan itu akan mengadakan pengebumian Safieddine pada hari yang sama.

    “Selepas keadaan terhadap keselamatan menghalang pengebumian sejak perang selama dua bulan antara kumpulan itu dan Israel yang berakhir 27 November lalu, Hizbullah telah memutuskan untuk mengadakan ‘pengebumian umum pada 23 Februari’ untuk Nasrallah, kata Qassem dalam ucapannya di televisyen.

    Safieddine akan dikebumikan sebagai ‘Setiausaha Agung’ atau pemimpin Hizbullah, kerana “kami telah… memilih Sayyed Hashem sebagai Setiausaha Agung… tetapi beliau syahid pada 3 Oktober, sebelum pengumuman itu,” kata Qassem.

    Nasrallah akan dikebumikan di pinggir Beirut di sebidang tanah yang kami pilih antara jalan lapangan terbang lama dan baru, manakala Safieddine akan dikebumikan di kampung halamannya di Deir Qanun di selatan Lubnan, katanya. – AFP

    Rakyat Lubnan berkumpul untuk pulang ke kampung mereka di selatan Lubnan Kfar Kila pada 2 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda