MANILA, 30 APRIL – Pemimpin Jepun dan Filipina kelmarin, berikrar untuk memperdalam hubungan keselamatan, termasuk meningkatkan perkongsian risikan.
Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, dalam lawatan sulungnya ke Filipina sejak memegang jawatan pada Oktober lalu.
Kedua-dua negara sebelum ini telah menandatangani Perjanjian Pasukan Lawatan (Visiting Forces Agreement), yang telah diratifikasi oleh Senat Filipina, membolehkan penempatan tentera di wilayah masing-masing.
“Kami bersetuju untuk memulakan rundingan bagi perjanjian pemerolehan dan perkhidmatan silang,” kata Ishiba selepas pertemuannya dengan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos, kelmarin.
Perjanjian sebegini biasanya melibatkan pemindahan bekalan dan perkhidmatan antara pasukan tentera.
“Kami juga mengesahkan permulaan rundingan antara kerajaan untuk mencapai perjanjian keselamatan maklumat pada masa depan,” tambah Ishiba.
Marcos memuji hubungan dua hala yang kini memasuki ‘zaman keemasan,’ dan berkata bantuan keselamatan daripada Tokyo sebelum ini telah membolehkan agensi keselamatan kami, terutamanya Jabatan Pertahanan Negara, mencapai peningkatan yang bermakna.
Tokyo merupakan penyumbang utama dalam usaha Filipina memodenkan kapal rondaan dan sistem pemantauan maritimnya di Laut China Selatan.
Marcos dan bekas Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, telah mengadakan sidang kemuncak tiga hala pertama dengan Presiden Amerika Syarikat di Washington hujung tahun lalu. – AFP
