Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin Kemboja adakan lawatan kontroversi ke Myanmar

    BANGKOK, 6 JAN – Perdana Menteri Kemboja Hun Sen akan memulakan lawatan ke Myanmar yang bergolak pada Jumaat dengan harapan beliau dapat menghidupkan semula proses perdamaian diusahakan oleh negara-negara Asia Tenggara, namun pengkritik mengatakan ia akan mengesahkan pemerintahan tentera yang merampas kuasa tahun lalu dan kempen keganasannya.

    Hun Sen yang negaranya memegang penggiliran tampuk pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) merancang bertemu dengan pemimpin Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dalam usahanya mempromosikan konsensus lima perkara yang diluluskan kumpulan itu dan melaksanakan gencatan senjata.

    “Apa yang saya akan bawakan ke rundingan itu tidak lain tidak bukan hanyalah lima perkara daripada konsensus yang dipersetujui oleh semua ahli negara ASEAN,” katanya lewat kelmarin.

    Ia termasuklah menghentikan keganasan, rundingan dengan pembangkang mengenai resolusi keamanan dan kebenaran untuk utusan khas ASEAN bertemu dan menjadi perantara semua pihak berkonflik. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda