SEOUL, 24 JULAI – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menggesa tenteranya supaya bersedia untuk perang sebenar ketika dia memerhatikan pertandingan menembak unit artileri, kata media negara Pyongyang hari ini.
Kenyataan Kim itu adalah susulan dari pengerahan tentera dan senjata Korea Utara untuk membantu Rusia selama lebih tiga tahun serangannya di Ukraine.
Rakaman video yang disiarkan oleh Korea Central Television hari ini menunjukkan anggota tentera dari unit artileri melepaskan tembakan ke arah laut.
Kim dilihat menyaksikannya melalui teropong di pos pemerhatian, diringi oleh dua pegawai tentera, tetapi lokasi untuk pertandingan kelmarin tidak didedahkan.
Dia menggesa tentera supaya bersedia untuk peperangan sebenar pada bila-bila masa dan mampu menewaskan musuh dalam setiap pertempuran, lapor agensi berita pusat Korea dalam dihantar dalam bahasa Inggeris.
Agensi perisikan Korea Selatan dan Barat telah melaporkan Pyongyang menghantar lebih 10,000 tentera ke wilayah Kursk Rusia tahun lalu, bersama peluru artileri, peluru berpandu dan sistem roket jarak jauh.
Kira-kira 600 tentera Korea Utara telah terbunuh dan ribuan lagi cedera berjuang untuk Rusia, kata Seoul. – AFP
