Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin Korea Utara mula hormati AS

    SEOUL, 23 Ogos – Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un ‘mula menghormati’ AS, Presiden Donald Trump mengisytiharkan, meskipun ketika Pyongyang mendedahkan rancangan bagi kemajuan peluru berpandunya hari ini dan Kim telah mengarahkan pertambahan pengeluaran.

    Kenyataan Trump itu pada satu perhimpunan Phoenix, dibuat beberapa jam selepas Setiausaha Tetap Rex Tillerson berkata rundingan dengan Korea Utara berhubung program senjatanya yang diharamkan adalah berkemungkinan ‘dalam tempoh terdekat.’

    Ulasan itu menunjukkan perbandingan ketara dengan retorik beberapa minggu kebelakangan, apabila Trump bercakap tentang melepaskan ‘api dan kemarahan’ ke atas Korea Utara dan dibuat ketika ketegangan berkurang selepas Kim berundur dari rancangan untuk menghantar peluru berpandu ke arah Guam, wilayah Pasifik AS. Namun Washington juga mengenakan sekatan baru ke atas firma-firma China dan Rusia yang disyaki berurusan niaga dengan Korea Utara.

    Sementara itu, Pyongyang mendedahkan kemajuan teknologi dalam program peluru berpandu dan rancangan-rancangan untuk seterusnya meningkatkan kemampuannya. Pada lawatan ke Institut Bahan Kimia Akademi Sains Pertahanan, Kim telah mengarahkan peningkatan penghasilan enjin-enjin roket dan kepala peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), lapor media kerajaan.

    Pada perhimpunan gaya kempen di Phoenix, Trump berkata retorik agresif beliau telah mula membuatkan hasil.

    “Sebilangan orang berkata itu terlalu kuat. Ia tidak cukup kuat,” beliau memberitahu beribu-ribu penyokong. “Tetapi Kim Jong-Un, saya menghormati hakikat bahawa saya percaya beliau mula menghormati kita. Saya sangat menghormati fakta itu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda