Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Pemimpin kumpulan jenayah Jepun, ‘Luffy’ dihantar pulang

    TOKYO, 7 FEB – Dua daripada empat suspek yang dipercayai dalang di sebalik siri rompakan dan kes penipuan telefon di seluruh Jepun telah dihantar pulang dari Filipina hari ini.

    Premis berita dan media sosial Jepun kini dibanjiri dengan berita kes jenayah yang didakwa melibatkan ketua kumpulan yang berpangkalan di Asia Tenggara itu.

    Penjenayah bawahan yang ditahan di Jepun memberitahu polis, mereka telah menerima arahan daripada seseorang atau beberapa orang yang menggunakan nama ‘Luffy’ melalui aplikasi Telegram.

    Monkey D. Luffy ialah watak utama manga One Piece yang sangat popular, lanun yang memakai topi jerami memburu harta karun yang diidamkan.

    Rakaman TV menunjukkan pegawai polis mengiringi Kiyoto Imamura dan Toshiya Fujita, yang kedua-duanya digari, ke dalam pesawat Japan Airlines di lapangan terbang Manila, dan mereka tiba di lapangan terbang Narita di luar Tokyo pada petang hari ini.

    Kementerian kehakiman Jepun dan polis Tokyo enggan mengulas mengenai kes itu, tetapi media tempatan berkata kedua-dua lelaki itu ditahan secara rasmi selepas pesawat itu meninggalkan ruang udara Filipina.

    “Kebebasan telah ditarik daripada suspek, kecuali semasa penerbangan dan pendaratan,” lapor seorang wartawan penyiar awam Jepun, NHK yang menaiki pesawat itu. – AFP

    Anggota keselamatan mengiringi salah seorang daripada dua tahanan ketika menaiki pesawat di lapangan terbang di Metro Manila hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...