ISTANBUL, 26 Feb – Pihak berkuasa di Republik Czech menahan salah seorang pemimpin Kurdis Syria atas permintaan Turki, kata para pegawai semalam, ketika Ankara meneruskan operasi ketenteraan melawan militia Kurdis di utara Syria.
Saleh Muslim, yang merupakan tokoh gerakan Kurdis Syria, ditahan pada malam Sabtu di sebuah hotel mewah di Prague, kata pegawai Czech dan Turki.
Pegawai Turki berkata Ankara sudah berusaha lama untuk menahan Muslim, bekas ketua pengerusi gerakan politik Kurdis Syria, Parti Kesatuan Demokratik (PYD), diekstradisi untuk menghadapi tuduhan keganasan di Turki.
Penangkapan itu berlaku ketika Turki mendesak operasi tentera memerangi militia Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG) – sayap ketenteraan PYD – di wilayah Afrin di utara Syria.
Ankara melihat YPG dan PYD sebagai cabang daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) Syria, yang selama lebih dari tiga dekad telah melancarkan pemberontakan terhadap negara Turki dan diharamkan oleh Turki, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) sebagai kumpulan pengganas. – AFP
