Sunday, June 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pemimpin Kurdish dipenjara 42 tahun

    ISTANBUL, 17 MEI – Mahkamah Turkiye kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 42 tahun ke atas bekas ketua parti pro-Kurdish atas dakwaan peranannya dalam protes maut pada 2014 yang tercetus ketika kumpulan pejuang Negara Islam (IS) menawan bandar Kobane di Syria.

    Ditahan sejak 2016, Selahattin Demirtas, 51, dua kali bertanding dalam pilihan raya Presiden Recep Tayyip Erdogan, disabitkan dengan puluhan jenayah termasuk mengganggu perpaduan dan integriti negara.

    Mahkamah di Sincan, di pinggir Ankara, turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan tiga bulan ke atas bekas pengerusi bersama Parti Demokratik Rakyat (HDP) Figen Yuksekdag, lapor penyiar swasta NTV dan kumpulan hak asasi manusia MLSA.

    Selepas perbicaraan, beberapa ahli parlimen untuk parti itu yang telah diubah namanya menjadi DEM, mengangkat potret kedua-dua pemimpin yang dipenjarakan di dewan negara.

    Kerana bimbang akan menghadapi masalah selepas kes itu, kira-kira 14 gabenor wilayah selatan dengan komuniti Kurdish dan Syria yang besar melarang demonstrasi selama empat hari, tambah MLSA. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ahli parlimen India ditahan atas dakwaan rogol

    NEW DELHI, 31 MEI - Seorang ahli parlimen India yang dituduh merogol beberapa wanita dan membuat video seks eksplisit telah ditahan malam kelmarin selepas...