Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin parti pembangkang dipenjara kerana cek tendang

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 21 SEPT – Seorang pemimpin pembangkang politik Kemboja yang terkenal telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan hari ini kerana mengeluarkan cek tidak bernilai empat tahun lalu, dalam kes yang dikatakan partinya bermotifkan politik.

    Mahkamah Perbandaran Phnom Penh mengeluarkan keputusannya terhadap Thach Setha, naib presiden Parti Candlelight, selepas mendapati dia telah mengeluarkan beberapa cek tendang pada 2019, kata peguamnya, Sam Sokong.

    Peguam itu berkata mahkamah juga memerintahkan Thach Setha membayar AS$33,400 kepada syarikat yang memfailkan tuntutan mahkamah menuduhnya mengeluarkan cek lapuk. Dia menggelar keputusan itu tidak boleh diterima dan berkata dia akan bertemu Thach Setha tidak lama lagi untuk membincangkan memfailkan rayuan.

    Kes itu adalah keputusan undang-undang besar pertama yang dikeluarkan terhadap penentang kerajaan sejak Hun Manet menjadi perdana menteri baharu negara itu pada Ogos. Beliau pernah menjadi komander tentera, dan menggantikan bapanya Hun Sen, yang berundur selepas 38 tahun berkuasa.

    Thach Setha telah ditangkap pada Januari lalu walaupun partinya telah berusaha untuk bertemu plaintif bagi membincangkan penyelesaian dan berjanji untuk mencari jalan membayar wang yang terhutang oleh Thach Setha. – AP

    Gambar fail menunjukkan Thach Setha bercakap dengan ahli media berhampiran Kedutaan Vietnam di Phnom Penh, Kemboja, pada 10 Ogos 2014. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda