Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemimpin parti politik Sri Lanka ditembak mati

    COLOMBO, 22 JAN – Seorang pemimpin parti politik Sri Lanka terbunuh bersama empat yang lain dalam kejadian tembakan yang jarang berlaku, kata pihak berkuasa, hari ini.

    Polis berkata motif serangan itu tidak jelas, namun Saman Perera, pengerusi Parti Kuasa Rakyat, nampaknya menjadi sasaran utama serangan itu.

    Parti Perera mempunyai kerusi dalam badan perundangan Sri Lanka yang mempunyai 225 ahli, walaupun beliau sendiri bukan ahli parlimen.

    Dia ditembak mati di bandar Beliatta di selatan, hampir 200 kilometer di selatan ibu negara Colombo.

    Pihak polis berkata kenderaannya berhenti di sebuah restoran tepi jalan apabila lelaki bersenjata dalam trak pikap melepaskan tembakan dan kemudian melarikan diri.

    Selain itu, polis turut mengesahkan terdapat pertelingkahan antara Perera dan bos penjenayah tempatan, satu hubungan yang juga dilaporkan oleh media tempatan.

    Tembakan berlaku ketika polis yang disokong oleh tentera menjalankan operasi anti-jenayah di seluruh negara yang telah menyaksikan lebih 44,000 orang ditangkap dalam dalam operasi tangkapan besar-besaran.

    Polis berkata operasi Yuktiya, yang bermaksud keadilan dalam bahasa Sinhala, telah berjaya menurunkan secara mendadak kadar jenayah. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...