Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin pembangkang Nicaragua bersembunyi di Costa Rica

    SAN JOSE, 11 OGOS – Ketua parti pembangkang Nicaragua, Citizens Alliance for Liberty, semalam mengatakan bahawa dia telah meninggalkan negara itu ke Costa Rica, kerana bimbang dia akan ditambah ke dalam senarai yang ditangkap oleh kerajaan Presiden Daniel Ortega.

    “Tidak ada yang selamat lagi,” kata Carmella Rogers, juga dikenali sebagai Kitty Monterrey, dalam wawancara di televisyen dengan Telenoticias di Costa Rica, penampilan pertamanya di depan umum dalam beberapa hari.

    “Duduk di sina tidak masuk akal, mereka akan membawa saya ke penjara atau mereka akan mengusir saya.”

    Minggu lalu, pegawai membatalkan kad pengenalan dan pasport nasional ketua CxL.

    “Saya bersembunyi sejak Jumaat,” kata Monterrey. “Saya mencari jalan keluar yang harus dilakukan secara beransur-ansur untuk sampai ke sini dengan cara yang selamat. Ia sukar dan saya letih, tetapi di sinilah saya berada.”

    Pengusiran Monterrey yang berusia 71 tahun itu terjadi setelah parti sayap kanannya pada Jumaat lalu dibatalkan penyertaan dari pilihan raya pada bulan November lepas oleh mahkamah pilihan raya, yang dikuasai oleh parti kerajaan.

    Calon naib presiden parti itu Berenice Quezada telah ditahan di rumah minggu itu.

    Dengan tiga bulan sebelum pilihan raya negara itu, kerajaan Nicaragua telah menahan 32 ahli politik pembangkang yang mereka tuduh khianat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda