NIAMEY, 24 FEB – Ketua pembangkang Mahamane Ousmane hari ini mendakwa beliau memenangi pilihan raya presiden Niger, sehari selepas keputusan rasmi mengatakan beliau kalah dengan lebih 11 peratus.
“Keputusan yang kami miliki melalui perwakilan kami di pelbagai tempat mengundi memberi kami kemenangan dengan 50.3 peratus suara,” katanya, menurut video ucapannya di bandar tenggara Zinder yang disahkan oleh pihaknya.
Menurut keputusan sementara yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Nasional Bebas (CENI), mantan menteri dalam negeri Mohamed Bazoum memperoleh 55.75 peratus suara pada akhir minggu dan Ousmane 44.25 peratus.
Polis bertempur dengan penyokong Ousmane di ibu kota Niamey setelah pengumuman CENI kelmarin dan tunjuk perasaan juga berlaku di Zinder, bandar kedua terbesar di negara itu. – AFP