Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin pemberontak Kashmir terkorban

    SRINAGAR, India, 11 Okt – Pemimpin pemberontak Kashmir yang dulunya seorang cendekiawan dan rakannya terkorban dalam pertempuran bersama tentera dan polis India dan menurut penduduk setempat, protes ganas anti-India tercetus yang dilakukan penduduk setempat di wilayah pertikaian itu.

    Insiden itu akan mencetuskan lebih banyak lagi pergolakan di wilayah yang dalam beberapa tahun kebelakangan telah menyaksikan penentangan orang awam dan serangan pemberontak ke atas pemerintahan India.

    Tentera India mengepung perkampungan di kawasan barat laut Handwara awal hari ini di mana pihak militan bersembunyi, menurut pihak polis. Semasa pihak polis dan tentera melancarkan operasi mencari, pertempuran berlaku yang menyebabkan dua anggota pemberontak terkorban.

    Bantahan anti-India dan pertempuran itu berlaku ketika pertembungan semakin parah di mana beratus-ratus penduduk setempat cuba untuk memasuki tapak bagi menyokong militan.

    Pasukan dari pihak kerajaan melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mata ke atas pembantah yang menyerang dengan melontar batu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda