Tuesday, May 6, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin Perancis, EU ketuai usaha tarik perhatian saintis AS

    PARIS, 5 MEI – Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen menjadi tuan rumah persidangan Paris hari ini untuk menarik perhatian penyelidik Amerika Syarikat (AS) agar bersedia berpindah atas dasar Presiden Donald Trump.

    Pesuruhjaya EU, saintis dan menteri bagi penyelidikan dari negara anggota antara lain akan membincangkan insentif kewangan pada perhimpunan itu untuk menarik saintis Amerika merentasi Atlantik.

    Universiti Sorbonne Paris menganjurkan persidangan itu, yang dipanggil ‘Pilih Eropah untuk Sains,’ yang diakhiri dengan ucapan oleh Macron dan von der Leyen.

    Di bawah pentadbiran Trump, universiti dan kemudahan penyelidikan di AS telah mengalami tekanan politik dan kewangan yang semakin meningkat, termasuk ancaman pemotongan dana persekutuan besar-besaran. Program penyelidikan berdepan penutupan, puluhan ribu pekerja persekutuan telah dipecat, manakala pelajar asing bimbang kemungkinan berlakunya pengusiran atas pandangan politik mereka.

    “EU berharap untuk menawarkan alternatif kepada penyelidik dan dengan cara yang sama, mempertahankan kepentingan strategik kami dan mempromosikan visi universal,” kata seorang pegawai di pejabat Macron kepada AFP. – AFP

    Macron dan Von der Leyen semasa menghadiri persidangan di amfiteater Universiti Sorbonne di Paris, pada 5 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda