Thursday, November 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin perniagaan global sertai forum pelabur

    RIYADH, 29 OKT – Pemimpin perniagaan global mengadakan pertemuan di Arab Saudi hari ini untuk forum pelabur berikutan konflik yang telah menggegarkan rantau tersebut dan keraguan meningkat terhadap projek pembangunan kerajaan Teluk itu.

    Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII) telah dilancarkan pada 2017 sebagai usaha pemerintah Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk mempelbagaikan ekonomi pengeksport minyak mentah terbesar dunia itu selain daripada minyak.

    Acara selama tiga hari pada tahun ini dijangka menarik lebih 7,000 delegasi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew dan Ketua Eksekutif Citigroup dan Goldman Sachs.

    Bagi tahun kedua berturut-turut, konflik di Timur Tengah berkemungkinan mendominasi perbincangan antara ahli panel termasuk mesyuarat sampingan.

    FII tahun lalu diadakan hanya beberapa minggu selepas serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel selatan mencetuskan perang di Gaza, di mana penceramah utama telah memberi amaran tentang kegawatan ekonomi sekiranya pertempuran itu berlaku di negara lain.

    Setahun kemudian kebimbangan menjadi kenyataan apabila Israel menyerang Hizbullah di Lubnan, termasuk Iran. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda