Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin Peru gesa hukuman mati bagi perogol kanak-kanak

    LIMA, 11 DIS – Presiden Peru, Dina Boluarte kelmarin menggesa hukuman mati diperkenalkan semula ke atas perogol kanak-kanak susulan pembunuhan seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang dipercayai diserang secara seksual.

    Presiden wanita pertama Peru, yang telah mengambil pendirian tegas terhadap jenayah, berkata sudah tiba masanya untuk membincangkan pelaksanaan semula hukuman mati, yang telah dimansuhkan pada 1979.

    “Dalam menghadapi kejadian sebesar ini, yang sepatutnya tidak dapat diterima dalam mana-mana masyarakat, kami perlu mencadangkan langkah drastik.

    “Sudah tiba masanya untuk membuka perbincangan mengenai hukuman mati bagi perogol kanak-kanak,” katanya.

    Pada Ahad, polis menemui mayat budak perempuan yang hilang, dibaluti selimut dan permaidani di bawah katil suspek pembunuhnya di daerah Lima di Villa Maria del Triunfo di mana dia hilang sehari sebelumnya.

    Pihak berkuasa tidak memberikan maklumat lanjut mengenai mangsa atau suspek.

    Pejabat pendakwa raya Lima berkata Ahad lalu ia telah membuka siasatan bagi kes pembunuhan dan rogol kanak-kanak bawah umur.

    “Kami tidak boleh membiarkan orang seperti ini bebas,” kata presiden.

    Undang-undang semasa Peru memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan merogol kanak-kanak bawah umur 14 tahun. – AFP

    Presiden Peru Dina Boluarte berucap semasa sidang kemuncak tahunan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, APEC, di Lima, Peru, Sabtu, 16 November 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda