LIMA, 15 MEI – Presiden Peru, Dina Boluarte kelmarin melantik bekas Menteri Kehakiman, Eduardo Arana, sebagai Perdana Menteri baharu negara itu, susulan peletakan jawatan Gustavo Adrianzen, lapor Xinhua.
Ketika ditanya tentang sumpah jawatan tradisional oleh Boluarte, “Adakah awda bersumpah demi Tuhan dan tanah air untuk menjalankan tugas sebagai perdana menteri dengan setia dan jujur tanpa terlibat dalam rasuah?” Arana menjawab, “Saya bersumpah.”
Pada majlis itu, anggota Kabinet baharu turut mengangkat sumpah untuk berkhidmat bersama Presiden hingga tamat penggal pentadbirannya tahun depan. – Bernama
