Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin Republikan AS dibenar keluar dari hospital

    WASHINGTON, 14 MAC – Pemimpin Republikan Amerika Syarikat (AS), Mitch McConnell dibenar keluar dari hospital pada Isnin selepas menjalani rawatan akibat gegaran di otak, lapor Xinhua.

    “Pemulihan McConnell berjalan dengan baik.

    “Atas nasihat doktor, langkah seterusnya ialah menjalani terapi fizikal di kemudahan pemulihan sebelum beliau pulang ke rumah,” kata pengarah komunikasinya, David Popp dalam satu kenyataan.

    McConnell, 81, tersandung ketika majlis makan malam minggu lalu dan dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan di kepala.

    Pasukan perubatan McConnell mendapati pemimpin Republikan itu juga mengalami patah tulang rusuk akibat insiden itu.

    McConnell, kini sedang berkhidmat sebagai senator AS untuk penggal ketujuh. – Bernama

    McConnell telah dikeluarkan dari hospital selepas rawatan selepas jatuh pada minggu lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda