Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin Sikh diburu

    NEW DELHI, 19 MAC – Tahap keselamatan di Punjab, India diperketatkan hari ini ketika polis melancarkan gerakan memburu seorang pemimpin Sikh.

    Kelmarin, polis Punjab telah menahan 78 orang dalam satu operasi besar-besaran yang dilancarkan untuk memburu ketua pertubuhan Waris Punjab De (Waris Punjab), Amritpal Singh.

    Amritpal, 30, disifatkan oleh media India sebagai pendakwah radikal yang simpati terhadap usaha untuk menubuhkan negara ‘Khalistan’ yang merdeka.

    Dia melarikan diri daripada buruan polis kelmarin manakala ramai rakan sekutunya ditahan, selain sembilan senjata api turut ditemukan semasa operasi itu, kata polis.

    Semua perkhidmatan internet kecuali panggilan suara, di Punjab akan disekat sehingga 20 Mac, menurut laporan media hari ini, memetik Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda