Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin tertinggi Taliban buat penampilan umum

    KABUL, 31 OKT – Pemimpin tertinggi Taliban, Haibatullah Akhundzada membuat penampilan umum pertamanya selepas berucap kepada penyokong di bandar Kandahar di selatan Afghanistan, hari ini.

    Akhundzada menjadi ketua pemimpin agama gerakan Islam sejak 2016 tetapi kekal sebagai tokoh enggan dikenali, walaupun selepas kumpulannya merampas kuasa di Afghanistan pada Ogos lalu. Sifat merendah diri beliau telah menimbulkan spekulasi mengenai peranannya dalam kerajaan baharu Taliban dan juga khabar angin mengenai kematiannya.

    Semalam, beliau melawat madrasah Darul Uloom Hakimah untuk ‘bercakap dengan tentera dan pengikutnya yang berani’, menurut pengenalan kepada rakaman audio yang dikongsi dalam akaun media sosial Taliban.

    Dalam rakaman audio selama 10 minit itu, dia mendoakan para zahid Taliban, pejuang yang cedera dan kejayaan para pegawai yang terlibat dalam ‘ujian besar’ untuk membina semula apa yang mereka gelar sebagai Islamic Emirate of Afghanistan. – AFP

    Gambar fail bertarikh 25 Mei 2016 menunjukkan Mullah Haibatullah Akhundzada. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda