Tuesday, October 22, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin tertinggi Vietnam berusaha tangani rasuah

    BANGKOK, 21 OKT – Ketua Parti Komunis Vietnam yang baharu memberitahu Parlimen yang berkuasa di negara itu hari ini untuk meneruskan usaha menentang rasuah, di mana menurut penganalisis telah digunakan untuk menyingkirkan orang dalam.

    To Lam mengambil alih sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Ogos lalu selepas kematian pendahulunya dan membuat ucapan pertamanya hari ini sebagai pemimpin tertinggi kepada perwakilan Dewan Negara.

    Pembasmian antirasuah utama yang dimulakan oleh mendiang, Nguyen Phu Trong, telah menyingkirkan berpuluh-puluh pemimpin perniagaan dan tokoh kanan kerajaan, termasuk dua presiden serta tiga timbalan perdana menteri sejak 2021.

    Lam dengan penuh semangat meneruskan usaha itu, walaupun penganalisis berkata beliau telah menggunakan langkah penyiasatan antirasuah untuk menewaskan pesaing politiknya.

    Pada permulaan sesi musim luruh perhimpunan kebangsaan negara itu hari ini, Lam menyeru ahli Parlimen untuk mengetatkan disiplin bagi menentang pengaruh negatif.

    Sepanjang tahun lalu, lebih 10,000 orang telah dibicarakan dalam kira-kira 4,800 perbicaraan sebagai sebahagian daripada perjuangan antirasuah, kata ketua hakim Vietnam, Le Minh Tri minggu lalu, menurut media kerajaan.

    Lam kini memegang peranan sebagai setiausaha agung iaitu jawatan terpenting Vietnam dalam struktur kepimpinan empat terasnya termasuk presiden.

    Parlimen dijangka memilih presiden baharu hari ini di mana ia akan menjadi orang keempat dalam jawatan itu dalam tempoh kurang dua tahun. – AFP

    To Lam menyampaikan ucapan semasa sesi pembukaan musim luruh di Perhimpunan Kebangsaan di Hanoi pada 21 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda