Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Pemimpin Turki, NATO, Sweden, Finland adakan sidang kemuncak di Madrid

    ANKARA, 27 JUN – Pemimpin Turki, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Sweden dan Finland akan mengadakan sidang kemuncak di Madrid minggu ini sebagai sebahagian daripada sidang kemuncak NATO, lapor agensi Anadolu kelmarin.

    “Pada Selasa, atas permintaan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, sidang kemuncak itu akan diadakan di Madrid dengan penyertaan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

    “Penyertaan kami dalam sidang kemuncak ini tidak bermakna kami akan mengubah pendirian kami,” memetik jurucakap presiden Turki, Ibrahim Kalin. 

    Beliau berkata bahawa setakat ini pegawai Turki telah mengadakan dua pertemuan dengan rakan sejawatan mereka dari Sweden dan Finland untuk membincangkan permohonan keahlian NATO kedua-dua buah negara.

    Kalin juga mengatakan bahawa beliau dan Timbalan Menteri Luar Turki, Sedat Onal akan mengadakan lawatan rasmi ke Brussels untuk rundingan pusingan ketiga.

    Rundingan pusingan keempat juga akan diadakan menjelang sidang kemuncak di Madrid.
    Turki menjangkakan Sweden dan Finland akan mengambil pendirian yang jelas dan tidak berbelah bahagi terhadap kumpulan pengganas PKK/PYD/YPG dan gabungan itu, kata Kalin.

    Sidang kemuncak NATO akan berlangsung Selasa ini hingga Khamis, dengan rundingan dijangka tertumpu kepada tindakan NATO berhubung perang di Ukraine serta petisyen Finland dan Sweden untuk menyertai perikatan itu.

    Sidang kemuncak pada tahun ini mencatat sejarah tersendiri kerana perikatan tersebut akan menerima pakai konsep strategik baharu, dengan membentangkan tujuan serta rancangan NATO untuk masa akan datang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...