Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin wilayah Valencia letak jawatan

    VALENCIA, SEPANYOL, 3 NOV – Pemimpin wilayah Valencia yang menerima kritikan hebat mengumumkan hari ini bahawa beliau meletak jawatan, setahun selepas kawasan itu dilanda banjir yang disifatkan sebagai bencana alam paling dahsyat di negara itu dalam satu generasi.

    “Realitinya ialah hari ini saya menjadi tumpuan kritikan, kebisingan, kebencian dan ketegangan,” kata Carlos Mazon dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen, sambil menambah, “Saya tidak mampu meneruskan lagi.”

    Mazon berdepan tekanan hebat berhubung cara beliau mengendalikan bencana pada 29 Oktober 2024 yang meragut lebih 230 nyawa dan secara konsisten menolak desakan agar meletakkan jawatan.

    Minggu lalu, ahli keluarga mangsa menjerit ‘pembunuh’, ‘pengecut’ dan ‘undur’ ke arah Mazon ketika beliau tiba untuk menghadiri majlis peringatan negara bagi mangsa di bandar Mediterranean, Valencia.

    Beliau bagaimanapun mempertahankan tindakannya ketika krisis, dengan alasan skala bencana itu tidak dapat dijangka dan pihak berkuasa tidak dapat memberikan amaran mencukupi mengenai tahap keterukan hujan tersebut. – AFP

    Carlos Mazon beredar selepas sidang akhbar mengumumkan peletakan jawatannya di Palau de la Generalitat, Valencia kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda