Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Peminat banjiri perkarangan rumah Shah Rukh Khan

    Sudah menjadi seperti acara tahunan, bintang Bollywood, Shah Rukh Khan membuat kemunculan di balkoni kediaman mewahnya di Mannat bagi menyapa peminat yang menyerbu rumahnya bersempena sambutan Aidilfitri.

    Shah Rukh Khan, 59, membuat kemunculan di balkoni rumahnya bersama anak bongsu, Abram memakai kurta berwarna putih membuatkan peminat menjerit sejurus melihat kelibatnya.

    Menurut mStar, media di India melaporkan peminat mula berkumpul di hadapan kediaman mewah Shah Rukh Khan sejak awal pagi dan bilangan yang berkumpul semakin bertambah sehingga menyebabkan kesesakan.

    Malah pihak polis terpaksa datang mengawal keadaan sementara menanti Shah Rukh Khan keluar bertemu dengan peminat.

    Tidak hanya itu, acara tersebut turut mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa.

    Shah Rukh Khan sebelum ini memberitahu dia akan cuba menyapa peminat yang berkumpul di luar rumahnya sebagai tanda menghargai kedatangan dan sokongan peminat terhadap kariernya sebagai pelakon.

    Sementara itu, Shah Rukh Khan turut meninggalkan ucapan selamat hari raya buat peminat menerusi ciapan di X pada 1 Syawal lalu.

    “Selamat hari raya semua! Terima kasih kerana menjadikan hari saya begitu istimewa.

    Semoga Allah merahmati kita dengan kasih sayang, kebahagiaan dan kesejahteraan,” katanya. – Agensi

    Shah Rukh Khan ketika berada di balkoni rumahnya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...