Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Peminat bengang, Minhyuk tak balas mesej

    Peminat meluahkan rasa bengang terhadap Minhyuk yang juga anggota kumpulan Monsta X kerana penyanyi itu didakwa tidak pernah memberi sebarang respons menerusi sebuah aplikasi.

    Apa membuatkan mereka lebih kecewa, yuran menyertai aplikasi itu dikenakan sebanyak RM250 sebulan namun Minhyuk tidak pernah berinteraksi dengan peminat.

    Menerusi beberapa mesej yang dihantar, Minhyuk didakwa sepi sejak Februari lalu sehingga ramai merasakan telah ditipu.

    “Saya harap Minhyuk dapat balas mesej saya walaupun hanya sekali. Ini tidak, langsung tiada sebarang khabar daripadanya.

    “Sejak Februari hingga kini, dia senyap tanpa sebarang khabar, kami membayar yuran setiap bulan.

    “Tolong balas mesej kami Minhyuk!,” komen peminat seperti dilaporkan AllKpop.

    Kumpulan Monsta X menggunakan aplikasi Universe sebagai medium untuk berinteraksi dengan peminat dari seluruh dunia dan yuran dikenakan tidak boleh dikembalikan. – Agensi

    Peminat meluahkan rasa bengang terhadap Minhyuk kerana tidak pernah membalas sebarang mesej peminat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...