Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Peminat Blackpink kesal serang jurugambar kerana kapsyen foto

    Tanpa usul periksa seorang jurugambar dikenali sebagai German Larkin diserang peminat kumpulan Blackpink apabila nama Jennie tertera pada foto Lisa yang disiarkan menerusi majalah Vogue.

    Allkpop melaporkan peminat menyerang ruang komen Instagram German kerana tidak berpuas hati dengan kelalaiannya ketika membuat kapsyen foto berkenaan.

    Gambar yang turut menampilkan V daripada kumpulan BTS itu dirakamkan ketika kedua-dua selebriti terkenal itu menghadiri Festival Filem Cannes 2023 yang diadakan di Paris.

    Tidak berdiam diri dengan tuduhan tidak berasas itu, German menegaskan dia bukan individu yang bertanggungjawab menulis kapsyen gambar tersebut kerana itu bukan tugasnya.

    “Kepada peminat Lisa dan Tae Hyung (V), saya tidak bekerja dengan majalah Vogue dan bukan saya yang menulis kapsyen pada foto berkenaan.

    “Bukan tugas saya untuk menghantar teks atau butiran lengkap setiap foto yang diambil dan saya juga bukan penulis artikel. Sila berhenti mengecam saya.

    “Padam semua komen negatif dan mohon maaf atau saya tidak akan kongsi sebarang foto mereka lagi,” tulis German di Instastory miliknya.

    Sementara itu, beberapa peminat fanatik Blackpink dilihat memohon maaf kepada German atas serangan melulu yang dilakukan terhadapnya.

    “Kami peminat Lisa memohon maaf atas komen dan mesej yang anda terima. Hal ini merupakan kesilapan peminat dan harapnya hubungan kerja anda dan Lisa tidak terjejas.

    “Tolong maafkan peminat yang membuatkan anda tidak selesa. Mereka bertindak melulu, maafkan kami.

    “Foto anda sangat cantik dan profesional. Tolong jangan berhenti bekerja dengan Lisa,” tulis peminat.

    Lisa dan V menghadiri sebuah acara makan malam jenama terkenal Celine sempena Festival Filem Cannes 2023 yang diadakan di Paris, Perancis. – Agensi

    Kesalahan nama anggota Blackpink bukan dilakukan oleh German Larkin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...