Dua tahun menyulam cinta, pelakon Lee Jong Suk dan IU dikhabarkan sudah tidak lagi bersama.
Memetik laporan Weibo, seorang peminat membuat sepkulasi pasangan berkenaan sudah membawa haluan masing-masing.
Ia ekoran IU dilihat memakai cincin di jari telunjuk yang bertentangan dengan budaya Korea Selatan sebagai wanita sudah mempunyai pasangan.
Dalam budaya Korea Selatan, memakai cincin di jari telunjuk membawa makna seseorang itu bujang.
“Nampaknya IU dan Lee Jong Suk sudah putus! IU pakai cincin di jari telunjuk yang bermaksud orang itu bujang di Korea,” katanya.
Tidak hanya itu, beberapa warganet lain turut berkongsi bukti menyatakan pasangan berkenaan sudah berpisah.
Namun sehingga kini, pihak Jong Suk dan IU masih lagi mengunci mulut mengenai dakwaan tersebut.
Untuk rekod pasangan berkenaan mula menjalinkan cinta sejak Disember 2022. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/1-iu2.jpg)