Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat dakwa Luna Maya hamil, suami elak jawab soalan media

    Selepas dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Indonesia Luna Maya dikhabarkan kini hamil anak pertama.

    Memetik laporan mStar, meskipun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Luna, namun khabar angin tersebut menjadi bualan ramai dan dikatakan dia hamil anak kembar.

    Malah respons ringkas suaminya iaitu Maxime Bouttier juga seolah tidak menafikan spekulasi berkenaan.

    “Sudahlah, come on guys. Maaf,” katanya ringkas apabila ditanya media.

    Sikap yang ditunjukkan Maxime itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang beranggapan dia seolah-olah mengiyakan bakal bergelar bapa.

    Peminat tidak sabar menunggu khabar berita daripada Luna (kiri) dan Maxime. – mStar

    “Belum ada pengumuman (berita hamil) daripada mereka tetapi di Facebook sudah tersebar gosip mengatakan Luna hamil anak kembar.

    Spekulasi kehamilan Luna mula menjadi bualan selepas gambar dia bersama lelaki dipercayai seorang doktor menunjukkan hasil pemeriksaan USG (ultrasonografi) kandungan tersebut.

    Untuk rekod Luna dan Maxime sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada acara pernikahan yang berlangsung di Bali, Indonesia.

    Upacara pernikahan pasangan selebriti itu turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube Luna.

    Luna dan Maxime mula menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2023.

    Pada April lalu, Maxime melamar Luna dengan melutut dan menghulurkan sebentuk cincin ke arah aktres itu semasa mereka bercuti di Jepun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda