Penyanyi Taylor Swift dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia dengan kekasihnya iaitu bintang NFL, Travis Kelce.
Menerusi laporan portal berita Mirror, spekulasi itu mula menjadi bualan hangat peminat apabila pasangan ini dijemput ke majlis perkahwinan pemain pasukan Chicago Bears , Cole Kmet.
Dalam kad jemputan yang tular di media sosial, peminat dengan jelas melihat kaligrafi kad undangan itu yang menulis nama ‘Taylor dan Travis Kelce’ sekali gus timbul spekulasi pasangan tersebut sudah berkahwin.
Ini kerana Taylor tidak lagi menggunakan nama keluarganya iaitu Swift dalam kad undangan berkenaan.
“Taylor dan Travis Kelce? Maaf, rasanya saya tahu (mereka sudah berkahwin).
“Mereka sudah berkahwin ke? Nampak tak cincin yang disarung oleh Taylor itu?” tulis warganet.
Untuk info, Taylor dan Travis dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak September 2023 selepas berpisah dengan pelakon Joe Alwyn. – Agensi
