Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat diusir keluar, lempar barang ke arah Bebe Rexha

    Seramai 10 orang penonton diusir keluar daripada menonton konsert penyanyi Bebe Rexha di Festival Titletown Summer Fun Days.

    Tindakan itu dibuat pihak berkuasa selepas mereka cuba mencederakan Bebe dengan melemparkan barang ke arah penyanyi itu ketika sedang asyik menghiburkan penonton.

    Sepanjang tempoh itu, Bebe terpaksa menghentikan persembahannya sebanyak dua kali apabila ada penonton bertindak membaling objek keras ke arahnya.

    “Kalau awak nak lempar, lemparlah! Boleh saya saman seorang lagi. Saya yang jadi lebih kaya!,” katanya memetik laporan mStar.

    Itu bukan kali pertama Bebe berdepan situasi sama selepas peminat membaling telefon ke arahnya ketika mengadakan konsert di New York pada 18 Jun tahun lalu.

    Lebih parah, individu yang dikenali sebagai Nicolas Malvagna turut memukul dahi penyanyi itu sehingga menyebabkan kecederaan teruk pada kening.

    Bagaimanapun, Nicholas berjaya ditangkap dan didakwa atas tiga pertuduhan termasuk serangan tahap tiga dan gangguan tahap dua. – Agensi

    Bebe tidak berkompromi dengan tindakan kasar penonton. – latimes.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda