Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat doakan Syamel cepat pinang Ernie Zakri

    Penyanyi Syamel berkata kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Ernie Zakri baru-baru ini merupakan salah satu bentuk penghargaan yang dilakukan untuk sahabat baiknya itu.

    Menurut Syamel, 27, majlis yang diaturkan olehnya itu bertujuan untuk meraikan hari jadi teman baiknya setelah hampir empat tahun mereka berkawan rapat.

    “Cerita sebenarnya saya dan Ernie memang tak ramai kawan… sebelum ini kami habiskan banyak masa dengan bekerja, kemudian balik rumah dan begitulah kehidupan seharian.

    “Empat tahun kami berkawan, apabila tiba hari jadi Ernie saya rasa ini merupakan peluang untuk saya buat satu kejutan untuk dia. Saya pun memang suka buat surprise. Itu sahajalah,” katanya kepada mStar.

    Baru-baru ini, Ernie mengakui terharu sehingga menitiskan air mata apabila Syamel memberi kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

    Gara-gara perkongsian Ernie di Instagram itu, ramai peminat mendoakan pasangan ini segera berkahwin dan mendirikan rumah tangga bersama.

    Menyedari komen yang ditinggalkan pengikut itu, Syamel berkata tiada apa yang boleh diungkapkan selain berharap doa-doa baik daripada peminat itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

    “Saya baca di ruangan komen ramai yang mendoakan supaya kami cepat kahwin… sebagai orang yang memang nak mengakhiri kehidupan dengan pasangan, saya sangat hargai ucapan mereka itu. – Agensi

    Ramai peminat mendoakan Syamel dan Ernie segera berkahwin dan mendirikan rumah tangga bersama. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda