Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Peminat fanatik Taylor Swift ditahan

    Seorang lelaki ditahan selepas didakwa cuba menceroboh kediaman penyanyi Taylor Swift di New York baru-baru ini.

    Anggota Polis New York menahan lelaki berkenaan selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang melihat seorang individu cuba memecah masuk rumah Taylor.

    Bagaimanapun penyanyi berusia 34 tahun itu tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.

    “Apabila polis tiba lelaki tersebut cuba membuka pintu rumah penyanyi berkenaan,” katanya memetik laporan Page Six.

    Sementara itu, menurut jiran Taylor mendakwa lelaki sama telah meninjau dan berkampung di rumah penyanyi berkenaan selama sebulan.

    Katanya, dia cuba mendekati lelaki berkenaan kerana ingin mengetahui tujuannya berada di rumah penyanyi tersebut.

    “Dia tidur di atas bangku… kadang merokok dan menjerit-jerit. Kehadiran dia buat semua orang tak selesa.

    “Saya tanya dia, apa yang dia lakukan di sini…dia kata dia mahu jumpa Taylor,” kongsinya.

    Bagaimanapun, Taylor masih lagi tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini. – Agensi

    Taylor masih mengunci mulut berhubung kejadian di rumahnya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...