Wednesday, February 1, 2023
23.8 C
Brunei

-

Peminat gembira dapat khabar daripada Jin BTS

Peminat Jin BTS sentiasa menantikan perkembangan terbaharu penyanyi kesayangan mereka itu sejak menyertai latihan ketenteraan pada Disember 2022.

Terbaharu, Jin atau Kim Seok Jin memberitahu dia seronok menjalani latihan ketenteraan dan meminta peminat tidak berasa bimbang kerana dia berada dalam keadaan baik.

Jin menyapa peminat menerusi aplikasi Weverse yang dijadikan medium untuk mengemas kini perkembangan dirinya sepanjang berada dalam kem tentera. “Saya sedang menikmati hari-hari saya di sini,” katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Boy With Luv itu turut memuat naik tiga gambar mengenakan pakaian seragam yang lengkap dengan logo tentera Korea Selatan buat tatapan peminat.

Jin turut menjelaskan dia sudah mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan kem sebelum memuat naik hantaran di aplikasi berkenaan.

“Saya memuat naik gambar ini selepas mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan. Army semoga selalu bahagia dan jaga diri baik-baik,” katanya.

Jin akan menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan ke atas kaum lelaki warganegara Korea Selatan selama dua tahun dan dijangka menamatkan tugas pada 2024. – Agensi

Jin BTS muat naik gambar untuk ubati kerinduan peminat terhadapnya. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -