Persembahan penutup minggu pertama penyanyi Jennie Blackpink di pentas Coachella 2025 yang berlangsung di California, Amerika Syarikat mendapat reaksi negatif penonton.
Jennie mengambil alih pentas di ‘Outdoor Theatre’ pada Ahad lalu dan menyampai 13 buah lagu solo menerusi konsep persembahan intim bersama peminat, menurut laporan mStar.
Pun begitu, persembahan tersebut tidak berjalan seperti dirancang malah peminat menggunakan media sosial berkongsi kekecewaan mereka.
“Sebagai peminat Blackpink dan muzik kpop yang telah mengikuti semua persembahan di Coachella, saya kecewa melihat Jennie bergelut dengan stamina dan kelihatan separuh mati sepanjang persembahan.
“Jennie seperti kehabisan nafas setiap kali menyanyi. Dia menyanyi mungkin hanya 30 saat dan selebihnya menjerit.
“Senarai lagu yang dinyanyikan juga sangat mengerikan. Dia tidak boleh menyanyikan lagu-lagu tersebut terus menerus,” tulis warganet.
Selain Jennie, pentas Coachella 2025 tahun ini turut memperlihatkan penampilan penyanyi popular lain termasuk Lisa Blackpink, Lady Gaga, Green Day dan Missy Elliot. – Agensi
