Friday, April 18, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat hampa tak dapat jumpa Hrithik Roshan

    Nama pelakon Bollywood, Hrithik Roshan menjadi bualan ramai susulan luahan peminat yang kecewa kerana tidak dapat bertemunya dalam satu acara.

    Lebih membuatkan peminat berang apabila menerima layanan kurang baik oleh pihak penganjur sempena acara bertemu peminat di Texas, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.

    Dalam masa sama, Hrithik sendiri dikatakan tidak mahu meluangkan masa bertemu peminat yang sanggup menunggu selama lebih dua jam, menurut laporan mStar.

    Menambah kemarahan, mereka yang beratur ketika itu perlu membayar bayaran yang tinggi bagi satu sesi ramah mesra seperti yang dijanjikan.

    “Belanja tinggi ditambah dengan wang tiket masuk untuk berjumpa Hrithik namun tidak dapat bergambar. Beratur selama dua jam namun hampa.

    “Dia tidak mahu bergambar dengan separuh peminat yang telah berbaris. Kami tunggu dalam keadaan cuaca sejuk.

    “Kami sayang Hrithik, namun acara tidak teratur dan dia menjengkelkan,” antara komen peminat.

    Hrithik kini sedang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat untuk bertemu peminat sempena 25 tahun dalam dunia seni.

    Selain Texas dia juga akan bertemu peminat di New Jersey, Chicago dan Bay Area. – Agensi

    Hrithik ketika bertemu peminat di Texas. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda