Saturday, November 9, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat kagum Nabila cukup teliti

    Komitmen yang diberikan pelakon Nabila Huda dalam mempersiapkan diri bagi menjalani sesebuah penggambaran filem menerima pujian peminat.

    Ini selepas Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, memberitahu dia sanggup menyewa karavan untuk memberikan keselesaan sewaktu membuat persiapan bagi menjayakan watak yang dilakonkan, kongsi mStar.

    Malah, Nabila berkata dia juga mengupah jurusolek peribadi dan menata rias sendiri watak perempuan hamil yang dibawa dalam filem berkenaan.

    “Bersiap sebagai Che Som (nama watak). Saya custom sendiri pakaian untuk penggambaran, cari jurusolek peribadi sendiri, tatarias watak dengan perut hamil pun bawa sendiri.

    “Malah saya sewa karavan sendiri untuk mempersiapkan diri di set penggamnbaran,” katanya.

    Nabila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

    Menerusi perkongsian tersebut, Nabila turut berkongsi video yang memaparkan dia sedang bersiap untuk membawakan watak wanita hamil sambil dibantu oleh seorang jurusolek.

    Aktres berkenaan dipercayai sedang menjalani penggambaran filem berjudul filem Gayong dan membawakan watak sebagai Che Som.

    Rata-rata warganet memberi pujian terhadap usaha yang ditunjukkan oleh Nabila dan mengucapkan terima kasih kerana sering memberikan lakonan mantap dalam setiap drama atau filem yang dijayakan. – Agensi

    Nabila memberikan komitmen penuh dalam setiap lakonannya. – BHarian
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda