Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Peminat kumpul dana untuk Ye

    Jika sebelum ini, rapper terkenal Kanye West dikatakan jatuh miskin dan digugurkan dari senarai jutawan selepas jenama terkemuka membatalkan kontrak bersama.

    Terbaharu, demi kasih sayang peminatnya dengan rappers ini, mereka melancarkan kempen sumbangan menerusi GoFundMe bagi membantu mengembalikan semula status jutawannya yang ‘hilang’ itu.

    Lapor NDTV, taraf Kanye yang kini dikenali sebagai Ye ibarat sudah ‘downgrade’ apabila dia kehilangan RM948 juta dalam masa sehari selepas kontraknya bersama Adidas ditamatkan gara-gara pernah membuat kenyataan kontroversi.

    Malah lebih malang lagi, akibat kenyataan berbaur antisematik itu, nama Ye yang pernah tersenarai sebagai salah seorang jutawan terke-nal di dunia dalam majalah ekonomi Forbes juga turut digugurkan.

    Sehubungan itu, peminat-peminat tersebut tekad melancarkan kempen Jadikan Kanye West sebagai Jutawan Semula di platform GoFundMe dengan menyasarkan sasaran kutipan sumbangan sebanyak RM47,000.

    Malangnya, impian itu tidak direalisasikan dan seorang peminat melaporkan bahawa ‘Kaye West telah menolak dana yang dikumpul oleh kempen GoFundMe ini’ dan sebalik-nya dana tersebut akan disalurkan kepada Notes for Notes, sebuah organisasi bukan keuntungan yang menawarkan akses percuma kepada golongan belia kepada instrumen dan pendidikan muzik.

    Sebelum itu, Ye menerima kecaman ramai selepas dia membuat kenyataan antisematik, kontroversi dan mencetuskan kebencian. Malah, dia ada membuat kenyataan balas dipercayai berbaur kebencian mengeani kematian individu di AS, George Floyd yang mencetuskan gelombang ‘Black Lives Matter’ dua tahun lalu. – Agensi

    Kanye West dikatakan jatuh miskin dan digugurkan dari senarai jutawan selepas jenama terkemuka membatalkan kontrak bersama. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...