Seorang pakar gitar dan dua wartawan telah melancarkan usaha global untuk mencari gitar bass yang hilang milik Paul McCartney, dengan hasrat untuk menyelesaikan apa yang mereka label sebagai ‘misteri terbesar dalam dunia rock and roll’.
Ketiga-tiga peminat Beatles sepanjang hayat itu sedang mencari bass Hofner asal McCartney yang kali terakhir dilihat di London pada tahun 1969 – untuk menyatukan semula instrumen itu dengan bekas penggerak Fab Four.
McCartney memainkan instrumen itu sepanjang 1960an, termasuk di Top Ten Club di Hamburg, Cavern Club di Liverpool dan semasa rakaman awal Beatles di studio Abbey Road di London.
“Ini adalah pencarian gitar bass paling penting dalam sejarah – Hofner asal milik Paul McCartney,” kata pasukan pencarian tersebut di laman web yang baru dicipta untuk usaha ini – thelostbass.com.
“Ini ialah bass yang awda dengar dalam lagu Love Me Do, She Loves You dan Twist and Shout. Bass yang menggerakkan Beatlemania dan membentuk bunyi dunia moden,” tekannya. – AFP