Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat mahu boikot Squid Game 2 gara-gara T.O.P Big Bang

    Pengumuman nama bekas anggota kumpulan Big Bang iaitu T.O.P sebagai salah seorang pelakon drama Squid Game musim kedua menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penggemar siri popular berkenaan.

    Memetik dari mStar, ramai menyuarakan keengganan menonton drama tersebut meskipun ia mendapat sambutan luar biasa ketika musim pertama ditayangkan di platform penstriman Netflix.

    Kemarahan penggemar Squid Game itu timbul kerana menganggap T.O.P bercakap tidak serupa bikin kerana pernah mengeluarkan kenyataan enggan kembali berlakon.

    “Mesti pelakon lelaki Korea Selatan semuanya sudah habis sehingga perlu ambil dia (T.O.P) berlakon.

    “Saya harap drama ini akan menjadi satu kegagalan besar untuk Netflix.

    “Tahniah T.O.P kerana usaha membuat kontroversi dalam dunia hiburan sebelum ini berhasil,” komen netizen.

    Kontroversi melibatkan nama T.O.P atau Choi Seung Hyun bermula pada tahun 2017 apabila dia ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah jenis ganja.

    Dia juga secara terbuka pernah memberitahu tidak akan kembali berlakon selepas dua tahun menjalani hukuman.

    Bagaimanapun April tahun lalu, dia dilihat muncul dengan single terbaharu bersama Big Bang berjudul Still Life sebelum mengumumkan keluar dari kumpulan itu.

    Sikap T.O.P sebelum ini dianggap sebagai mementingkan diri sendiri selain telah menghancurkan kepercayaan peminat terhadap Big Bang. – Agensi

    Peminat mahu memboikot Squid Game gara-gara T.O.P. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda